Pak Din rasa kagum, berterima kasih, malu pun ade. Pasal ape Pak Din? Pak Din tak siuman dah ke?
Alhamdulillah, beruntung Pak Din kerana pada 17 hingga 21 Ogos yang lepas, Pak Din berpeluang menyertai Program Biro Tatanegara (BTN) anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri.
Banyak pendapat yang Pak Din terima daripada para peserta pada siri tersebut. Ada yang mengatakan program tersebut bertujuan men'cuci' otak peserta supaya menyokong kerajaan (Barisan Nasional), ada juga yang berpendapat program tersebut dibuat bagi melatih ketahan peserta terhadap pelbagai cabaran.
Walau apapun tujuan program tersebut dibuat, semuanya bergantung kepada cara penerimaan peserta. Yang penting, pesanan Pak Din, setiap kali korang terima maklumat, tapis dahulu, jangan main telan je.
Bagi Pak Din, Pak Din berasa seronok sepanjang program tersebut berlangsung. Namun, apa yang Pak Din nak highlightkan dalm post kali ini ialah, secangkir aktiviti ‘Kembara’ yang dijalankan pada pagi-pagi buta 20 Ogos, bermula dari Kem Damai, Besut, merentasi Bukit Kluang, terus ke Kem Bina Negara Besut, dan kembali semula ke Kem Damai. Em.. Panjang pulak nak cerita dalam ni. Korang boleh baca banyak kat blog Shahrul ni. Walaupun blog beliau boleh membelitkan usus perut, tapi penyampaiannya sangat santai dan padat.
Ok. Kembali. Babak yang paling Pak Din terkesan ialah ketika bersolat Subuh di tepi pantai (Laut China Selatan). Ya Allah, tak dapat Pak Din nak cerita perasaan Pak Din masa tu. Dengan deruan angin, qiblat tanpa dinding, kesayuan suara tok imam, kesaksian pasir dan pokok-pokok, Pak Din rasa nak solat sepanjang waktu di sana. Korang cuba la. Pak Din jamin, puas hati!
Sebelum sampai kat tempat kami solat tu, sebonanya kami dah berjalan merentasi lebih 1 kilometer pesisir pantai tu. Kalau tak silap, perjalanan bermula pada jam 4 pagi. Sebelum bertolak, azan dikumandangkan. Pada waktu itu, terdetik secebis perasaan jihad seperti nak pergi berjihad memerangi askar AS dan Israel. Huh!
Semasa merentasi pesisir pantai tu, haaa... masa ni la pengalaman yang paling Pak Din hargai. Dan.. Pak Din nak kongsi sikit dengan para pembaca sekalian.
Nak tahu apa perasaan Pak Din masa tu? Pak Din rasa kagum, berterima kasih, malu pun ade. Pasal ape Pak Din? Pak Din tak siuman dah ke?
Sebonanye, Pak Din terbayangkan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia melindungi negara kita ni. Pak Din beranggapan, begitu la agaknya antara rutin seharian mereka yang bertugas mengawal perairan negara. Musuh mungkin datang menyerang bila-bila masa. Musuh mungkin masuk melalui pantai. Atau mungkin tiba-tiba tembakan artillery bertalu-talu dilepaskan kepada tentera-tentera yang mengawal. Mati. Pak Din dapat merasakan sedikit ketakutan sebegitu semasa berjalan. Pak Din cuba selami perasaan tu. Terdetik rasa kagum terhadap keberanian angkatan tentera kita.
Lalu, apakah sumbangan yang boleh kita bagi kepada negara kita? Pernahkah kita cuba untuk menyumbang sesuatu? Atau, pernahkah kita terfikir untuk cuba menyumbang sesuatu? Sumbangan tidak semestinya berperang sehingga mengorbankan nyawa. Sumbangan boleh diberi dengan menyokong dan memperkasa ekonomi negara, mendidik anak bangsa dengan ilmu agama dan dunia yang bermanfaat, dan yang sewaktu dengannya.
Pak Din kadang-kadang berasa malu. Tatkala angkatan tentera kita sibuk mempertaruhkan nyawa, Pak Din sibuk membuang masa. Baru sekarang Pak Din tahu nilai pengorbanan mereka. Tak terbalas. Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-52 ini, tanamlah azam untuk melindungi negara kita dari sebarang ancaman, luaran dan dalaman.
Terima kasih Angkatan Tentera Malaysia.
Terima kasih para pejuang negara.
Semoga Allah terus melindungi kita dan Malaysia dari segala ancaman.

2 budak nakal dah komen:
alhamdulillah...
pak din berjaya amek BTN dr sudut yang positif...
pak din mungkin tak terase sentimen politik yang di serap di BTN pasal pak din masih 'belajar'..
ape pun tahniah untuk pak din, sy kagum pak din amek ianya sebagai suattu penghayatan dalam diri..that's gud for your spiritual development...
teruskan perjuangan pak din..
ape pun kite dilahirkan sebagai khalifah di bumi Allah, tanggungjawaab kita satu... "amar maaruf nahi mungkar.."
Yup. Trm ksh untuk komen 'afwa.
Pak Din x tahu sama ada 'afwa pernah join BTN atau x. Dan Pak Din akui memang banyak sangat 'benda-benda kotor' diserap dalam BTN. Pak Din jugak tak menolak kemungkinan BTN diadakan memang atas tujuan politik.
Tapi, 'afwa kene la ingat, dalam pjuangan, ada masa kita perlu kendur, ada masa kita perlu tegas.
Pak Din boleh kalau nak menentang terang-terangan sepanjang kursus tu, tp pada penilaian Pak Din, dan pada penilaian semua peserta kursus, tu satu tindakan yg kurang bijak.
Dan satu lg 'afwa perlu tahu, "amr ma'ruf nahi munkar" ada caranya. Kalau tsilap cara, jauh larinya.
Ape2 pn, Pak Din hormat pandangan 'afwa. Pak Din sukacita kalau 'afwa dapat terus ikuti blog ni dan berkongsi pandangan serta kritikan. Trm ksh 1x lg.
Post a Comment
Terima Kasih Untuk Komen Anda!