Korang pernah tengok tak kiub ajaib kat sebelah ni?Korang rase korang dapat tak selesaikan kiub ni sehingga warnanya terhimpun di tempat yang betul?
Soalan yang paling penting, korang pernah cuba tak untuk menyelesaikannya???
Dalam kehidupan kita ni, ada banyak perkara. Ada yang mudah, ada yang susah, ada yang boleh dicapai, dan ada juga yang tak boleh dicapai. Namun, segelintir dari kita lebih suka untuk mencapai sesuatu yang mudah. Sesuatu yang telah tersedia dan boleh diperolehi tanpa perlu usaha yang banyak. Setuju? Setuju.
Dan apabila bertemu sesuatu yang kelihatan mustahil, ada di kalangan kita yang terus 'angkat tangan', tak nak buat, sedangkan dia masih belum cuba.
Adalah amat merugikan jika kita melepaskan peluang untuk mencuba sesuatu yang baru. Mana la tau, kot-kot benda tu adalah suatu kelebihan dan keistimewaan buat kita. Ya, memang betul, kita masih tidak tahu sama ada perkara tersebut sesuai dengan kita atau tidak, selagi kita tidak mencubanya. Namun, kita TIDAK AKAN tahu, selama-lamanya, jika kita langsung tidak cuba untuk melakukannya.
Mungkin sebagai contoh, belajar komputer. Bagi orang yang memang tak tahu langsung pasal komputer, mereka menganggap komputer adalah sesuatu yang amat rumit, complicated. Hal ini kebiasaannya berlaku di kalangan orang-orang lama yang tidak terdapat komputer di zaman mereka. Tidak ramai di kalangan mereka yang mahu mencuba untuk mempelajarinya walaupun komputer ada di depan mata. Bahkan kadang-kadang untuk menyentuhnya pun takut. Di pejabat, sanggup guna typewriter berbanding komputer.
Contoh lain, berniaga. Ada orang berangan nak jadi peniaga berjaya, hendak memiliki gedung-gedung besar, kereta-kereta mewah, tapi sentiasa memikirkan sukar dan payahnya belajar selok-belok perniagaan, takut dilanda kerugian, dan sebagainya.
Apa salahnya jika kita mencuba terlebih dahulu perkara yang kelihatan mustahil tu? Kadang-kadang, kita nampak sesuatu perkara tu mustahil untuk dicapai, tapi hakikatnya adalah sebaliknya. Seperti hal komputer tadi, takkan meletup komputer tu walau salah bagaimana sekalipun ditekan. Begitu juga perniagaan, memang kita tak akan pandai dan terus berjaya dalam sekelip mata, perlu merasai dahulu pahit jerih kegagalan dan kerugian. Kemudian baru berjaya. Begitu adatnya. Jadi, tak perlu takut untuk mencuba. Bak kata orang tua-tua, "belum cuba, belum tahu".
Jika kita berbalik kepada falsafah kiub ajaib tadi, sekali kita terpandang, belum tentu ada yang mahu cuba untuk sentuh dan menyelesaikannya. Sekali kita cuba, belum tentu ada yang cekal tak berputus asa.
Hanya mereka yang berani mencuba, mahu belajar, berani merasai pahitnya kegagalan, mahu merasai manisnya kejayaan selepas itu, hanya mereka itulah yang dapat menyelesaikan kiub ajaib tersebut.

Jika korang berpeluang, atau ternampak kiub tersebut, cuba ambil, dan hayati kesukarannya, kemudian barulah rasai kemanisan sejurus korang berjaya menyelesaikannya.
Rasanya benda biasa tu masih lagi sesuatu yang mustahil kepada minda kita yang sedikit malas ni.
Acu cuba try test fikir. Hehehe!
Ok la. Sekadar menggerakkan minda
إلى اللقاء
p/s : Korang tau tak name kiub ajaib tu? Namanya Rubik's Cube.












0 budak nakal dah komen:
Post a Comment
Terima Kasih Untuk Komen Anda!