“Wahai cermin ajaib! Tunjukkan padaku siapakah wanita yang paling cantik dalam negeri ini.” Seru tukang sihir kepada cermin saktinya.
“Tuanku la yang paling cantik yang pernah patik lihat.” Jawab si cermin sakti.
Adeh! Pak Din nak bercerita pasal Sleeping Beauty ke Pak Din? Bukan. Hehe! Pak Din nak cerita pasal cermin kali ni. Cerita Sleeping Beauty untuk muqaddimah je.
Korang tentu tau apa peri pentingnya cermin dalam kehidupan kita bukan? Cermin berfungsi sebagai penunjuk keadaan kita. Dalam setiap masa, kita memerlukan cermin untuk mengetahui apakah keadaan rupa kita pada ketika itu, sama ada sudah kemas, atau ada ‘sesuatu’ yang masih tergantung di bulu hidung, ataupun rambut kita sudah tersikat rapi atau belum.
Kalau tak percaya, cuba keluar rumah untuk ke bandar, dan jangan tengok cermin walau sekali. Pasti anda berasa kurang senang. Pasti ada sekali anda akan cuba untuk jeling-jeling ke tingkap mana-mana rumah, atau cermin mana-mana kereta, untuk melihat sekali imbas penampilan diri anda. Betul tak?
Sebenarnya, begitulah tata kita hidup di dunia ini. Kita perlukan seseorang sebagai ‘cermin’ dalam kehidupan kita. Tidak kiralah siapa orang itu (sebaik-baiknya ibu bapa), yang penting dia ikhlas memberikan pendapatnya tentang diri kita.
Kita perlukan seseorang sebagai cermin kerana kita tidak dapat melihat diri kita sendiri, sebagaimana hampirnya mata dengan muka namun tidak dapat melihatnya. Kita perlu sekali-sekala bertanya kepada teman rapat kita, bagaimanakah sikap, sifat, penampilan, serta kelakuan kita. Adakah baik? Atau kurang baik? Atau kadang-kadang menyakitkan hati orang lain?
Semua persoalan ini dapat dijawab dengan bertanya kepada ‘cermin’ kita. Sekiranya kita sombong untuk bercermin, dikhuatiri kita akan hanyut dengan andaian terhadap diri kita sendiri. Mungkin kita menganggap kita sentiasa berkelakuan baik, atau menyangka tindakan kita sentiasa betul, atau menyangka orang suka dengan tindakan kita, namun hakikatnya adalah sebaliknya. Begitulah pentingnya ‘cermin’ dalam menilai diri kita yang serba kekurangan ini.
Timbul persoalan : cermin bagaimanakah yang terbaik?
Pak Din nasihatkan, carilah cermin yang sentiasa berlaku jujur kepada anda. Jangan cari cermin tukang sihir dalam Sleeping Beauty pulak. Kerana takutkan tukang sihir, muka yang hodoh pun dipuji bak bidadari.
Sahabat yang baik berani untuk menyatakan kebenaran dan tidak rasa bersalah untuk menegur dan memperbetulkan kesilapan sahabatnya. Sahabat yang berkasih kerana Allah ta’ala tidak akan membiarkan sahabatnya hanyut dibuai bayangan. Sahabat yang bijak akan menegur dengan penuh berhikmah dan tidak mengguris perasaan sahabatnya. Dan pasangan sahabat yang sejati akan saling memperbaiki kelemahan sesama sendiri serta berusaha untuk menjadi insan yang penuh kesedaran dan berpijak di bumi yang nyata.
Mengenai hal ini, teringat Pak Din kata-kata yang berbunyi :
الصديق هو من يَصدُقُك وليس من يُصدّقُك
Sahabat itu ialah orang yang berlaku benar kepadamu dan bukan orang yang sentiasa membenarkanmu (mengatakan benar setiap tindakanmu).
Kata-kata yang ringkas tetapi mengajar kita cara memilih sahabat yang baik.
Jelas, sahabat yang baik ialah mereka yang berlaku benar kepada kita. Dengan kata lain ialah mereka yang apabila tindakan atau pendapat sahabatnya itu benar, maka dia berkata : “Kamu benar,” dan apabila pandangan atau tindakan sahabatnya itu kurang manis, maka ditegurnya dengan hikmah agar sahabatnya itu sedar dan beroleh manfaat.
Dan ingatlah, sahabat yang baik bukanlah mereka yang sentiasa mendampingi kita setiap masa serta sentiasa sependapat dengan kita dalam segala hal. Apabila sahabatnya benar, dia berkata: “Kamu benar,” dan jika sahabatnya tersilap, dia berkata: “Kamu tetap benar, dan saya tetap menyokong kamu sebagai kawan.” Itu bukanlah contoh sahabat yang baik dan bermanfaat, bahkan merugikan.
Berkenaan dengan perkataan يُصدّقُ dalam kata-kata di atas, sebenarnya gelaran As-Siddiq (الصّدّيق) yang diberi oleh Rasulullah s.a.w kepada Sayyidina Abu Bakr mempunyai makna yang sama dengan perkataan يُصدّقُ tersebut, yakni sentiasa membenarkan. Namun harus diingat, orang yang sentiasa dibenarkan oleh Abu Bakr tersebut adalah seorang rasul Allah, yang membawa kebenaran. Maka, tidak salah jika beliau sentiasa membenarkan sesuatu yang sememangnya haq. Abu Bakr dengan imannya yang tinggi terhadap kerasulan Muhammad s.a.w. sentiasa membenarkan segala apa yang dibawa oleh Baginda s.a.w. walaupun pada zahirnya nampak salah pada pandangan masyarakat Arab pada masa itu. Dan begitulah seharusnya peri seorang sahabat terhadap sahabatnya yang benar.
Apa yang ingin Pak Din simpulkan di sini, dalam kehidupan kita seharian, kita perlukan seseorang yang boleh kita minta pandangannya, yang tidak secara buta sentiasa membenarkan apa sahaja ynag kita lakukan. Hatta dalam satu kes, Pak Din pernah bertemu seseorang yang tetap menyokong perbuatan rakannya yang terang-terangan tidak bersolat dan mengikuti ajaran sesat, sedangkan dia tahu mengenai hal itu. Rakan spesis apa la agaknya ni? Huhu!
Akhir kata, renung-renungkan apa yang Pak Din karutkan pada kali ini. Semoga kita saling beroleh manfaat dengan tegur-menegur antara satu sama lain.
Insyaallah jumpa lagi dalam post yang akan datang.

0 budak nakal dah komen:
Post a Comment
Terima Kasih Untuk Komen Anda!