Pages

02 September 2009

Google Ads : Amboi, Sukanya Dia Klik... (Bhg. 2)

Kembali lagi bersama Pak Din dalam Edisi Siasat dengan topik 'Fraud Clicks'. Cewah! Hehehe!

Mari kita tengok beberapa sebab kenapa kita tidak dibenarkan klik sesuka hati :

1. Syarikat-syarikat (Advertiser) membuat iklan tu supaya produk mereka diketahui umum dan sekaligus meningkatkan peratusan jualan mereka. Maknanya, syarikat-syarikat tersebut memberi 'upah' kepada pemilik laman web / blog (Publisher) kerana telah mempromosikan produk mereka secara tidak langsung. Tapi, kalau publisher pulak yang lebih-lebih klik, tak tercapai la tujuan syarikat tu mempromosikan produk mereka.

Ok. Pak Din bagi satu perumpamaan. Pak Din tugaskan Abu dengan satu kerja. Pak Din mintak Abu edarkan sebanyak mungkin risalah tentang bisnes kuih raya yang Pak Din buat. Bagi setiap helai risalah yang Abu edarkan, Pak Din bagi 10 sen. Banyak tu. Nak dijadikan isu, Abu ambil semua risalah tu dan simpan dalam stor. Kemudian Abu berjumpa Pak Din untuk claim bayaran dan mengatakan sebanyak 1000 helai risalah telah diedarkan kepada orang ramai. Pak Din pun bayar kepada Abu RM 100. Tercapai tak tujuan Pak Din untuk mempromosikan bisnes Pak Din? Korang rasa apa hukum Abu ambil bayaran tu? Jelas bukan?

2. Sebenarnya, Publisher (termasuk Pak Din) telah, dengan sedar dan rela hati, bersetuju dalam satu agreement dengan Google AdSense, untuk TIDAK mengklik iklan-iklan yang terdapat dalam laman webnya sendiri. Kalau difikirkan, ni dah dikira sebagai perjanjian. Maknanya, Publisher tak dibenarkan untuk klik iklan-iklan tersebut. Jadi, kalau klik jugak, ha.... faham-faham la hukumnya.

3. Kalau betul Google AdSense tu benarkan kita klik sesuka hati, dan tak kisah kalau kita kaut keuntungan dengan cara begitu, buat apa Google susah-susah tubuhkan 'Fraud Team' untuk selidik dan banteras 'fraud clicks' ni? Buat apa Google reka software untuk menggelintar dan mencari fraud clicks? Maknanye, tak boleh klik suka-suka la cik adik abang oi..

Sekarang, sudah jelas bukan? Kita memang tidak boleh mendapatkan keuntungan dengan cara sebegitu. Ni adalah matematik mudah. Tak perlu fikir jauh-jauh. Jangan kita gelapkan mata kita kerana mengejar kekayaan segera.

Harta kekayaan yang kita perolehi nanti akan dihitung setiap sen, dari mana kita dapat. Adakah dengan cara yang halal? Atau, tak halal dan tak juga haram?

Acu cuba try test fikir. Sekian dulu Edisi Siasat versi Pak Din.

0 budak nakal dah komen:

Post a Comment

Terima Kasih Untuk Komen Anda!

About Me

My Photo
x pandai nk berblog. harap sudi tunjuk ajar. hehe ^^,
back to top