Pages

11 September 2009

Hakikat Yang Menyedihkan...

Hari ini Pak Din betul-betul terkesima. Kalau sebelum ni Pak Din hanya dengar daripada rakan-rakan dan maklumat-maklumat yang diterima sahaja, tetapi hari ini, di depan mata Pak Din sendiri, Pak Din telah melihat seorang remaja Muslimah berniat keluar daripada Islam untuk memeluk agama Kristian!

Ceritanya begini. Ketika Pak Din dan adik tiba di perkarangan sebuah sekolah untuk mengambil mak Pak Din yang bertugas mengajar di sana, kami terlihat seorang pelajar perempuan, bertudung, menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh seorang ustazah. Dia dikelilingi beberapa orang guru lain. Kami langsung tidak dapat meneka apa yang berlaku.

Sejurus mak Pak Din masuk ke dalam kereta, segera kami bertanya, "Ade ape tu ummi?"

"Dia nak keluar Islam. Baru keluar dari bilik disiplin tadi tu."

Perghh! Terkejut bukan kepalang kami dibuatnya. "Dia nak jadi apa? Kristian ke?"

"Ye la. Dia tu berkawan dengan geng-geng koir sekolah. Maklum la, kumpulan koir ni ramai yang Kristian. Berkawan pulak dengan cikgu *******, mungkin terpengaruh la tu. Lagipun dia tinggal berdua je dengan kakak dia. Kakak dia la yang datang tadi nak bagi tenang."

Kami terdiam. Terdetik rasa tewas dalam diri. Setiap kali seseorang terkorban, setiap kali itulah kami tewas.

Ketika itu, ramai jugak guru yang prihatin di sisinya. Kami cuma mampu berdoa agar ustazah tadi dapat memujuk pelajar tersebut agar sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Nak tau kenapa Pak Din post cerita ni kat korang?

Kerana itulah realiti yang kita semua kena sentiasa alert dan ambil tahu...

1 budak nakal dah komen:

saye 'dia' said...

1 word

astaghfirullahal'azim..

ape nk jadi dgn dunia ni...

teringat kisah bertahun yg lalu...
ketika di bangku MRSM...
seorang pljr yg ampuh pendiriannya hmpir di murtadkn oleh teacher yg bertindak sbg mubaligh kristian...hanya mmpu mengurut dada mengenangkn kebejatan mslh ummah zaman kini..kelekaan kite menyumbang pada kejatuhan ummah...

teruskan perjuangan ust!
ramai yg menanti kebangkitan ank muda yg berjiwa daie...

Post a Comment

Terima Kasih Untuk Komen Anda!

About Me

My Photo
x pandai nk berblog. harap sudi tunjuk ajar. hehe ^^,
back to top