Pages

07 September 2009

Khazanah Inbox Pak Din

Assalamualaikum..

Ape khabar semua? Semoga anda dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu.

Hari ni dah masuk hari ke-18 Ramadhan. Fatrah kedua dah hampir habis, menuju ke fatrah ketiga - peluang untuk pembebasan dari api neraka. Macam mana dengan ibadah anda sepanjang 17 hari ni?

Cemerlang? Tahniah! Teruskan.

Atau masih biasa? Tambah lagi! Lazimkan istiqamah.

Atau ada yang langsung belum bermula? Mulakan sekarang! Masih belum terlambat.

Pak Din suka untuk memperingatkan diri Pak Din dan anda sekalian, agar terus merebut peluang beribadah di bulan yang mulia ni. Kadang-kadang kita terlalai, jadi harus saling memperingat. Sangat rugi jika terlalai kerana bulan ini tersangat istimewa. Setiap amalan baik dapat pahala berganda. Pintu untuk bertaubat terbuka seluas-luasnya. Hanya tinggal untuk rebut, atau biarkan peluang luput. (Risau sungguh Pak Din kalau tergolong dalam geng-geng yang rugi ni. Huhu!)

Ok. Cuba tengok tajuk post sekali lagi. Mesti korang boleh agak tujuan Pak Din kan?

Sebonanye, Pak Din ingin berkongsi banyak email berunsur nasihat yang Pak Din terima dari kawan-kawan Pak Din sejak sekolah menengah sehingga kini. Ada banyak sangat email yang terperap dalam inbox tu. Kalau dulu, kita boleh forward kepada orang lain untuk dikongsi, tapi sekarang, selepas dunia blog dipermudahkan, apa salahnya kita berkongsi pula dengan lebih ramai orang?

Insyaallah, Pak Din akan pilih dan post seberapa kerap yang boleh. Untuk memudahkan pencarian, korang boleh rujuk pada tag "Inbox Pak Din" yang akan mengumpulkan koleksi-koleksi email Pak Din.

Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada kita semua dan orang-orang di sekitar kita. Dan, Pak Din suka kalau korang ikut usahakan idea ni. Maklum la, ape yang korang ade, mungkin Pak Din tak ade. Jadi, kita boleh kongsi bersama daripada biarkan ilmu tu terperap dalam inbox kita. Setuju? Lagipun, insyaallah usaha ni boleh jadi saham kita kat akhirat nanti.

Ok la. Dah lewat malam ni. ( Sakit perut la pulak... )

إلى اللقاء الاخر

0 budak nakal dah komen:

Post a Comment

Terima Kasih Untuk Komen Anda!

About Me

My Photo
x pandai nk berblog. harap sudi tunjuk ajar. hehe ^^,
back to top