Pondok ini telah menjadi tempat diamnya sekian lama,
Perkampungannya tak sedikit,
Daerah-daerahnya banyak melata,
Lagak pondok ini mereka yang punya.
Kerana ia cuma seekor cecunguk,
Di mana kau nampak ia tenanglah,
Marahmu bisa menjadikan ia ghairah,
Lalu nampaklah olehmu besarnya masalah.
Kerana ia cuma seekor cecunguk biasa,
Cuba kau tengok apa yang ia punya,
Kesatuan mereka menyebabkan duniamu gelap,
Kala talian internetmu menjadi pelan,
Siapa yang kau marahkan?
Si Cecunguk yang kecil.
Kerana ia cuma seekor cecunguk kecil dan biasa,
Ia memenuhi segenap ruang kehidupanmu,
Mengisi senggang masamu yang terbuang sia-sia,
Menyatukan hati-hatimu yang patah,
Kadang-kadang juga bisa merubah pondok usangmu jadi lebih indah.
Mungkin di musim dingin ini akan datang tenang itu,
Walau sebentar nikmatilah,
Kerana Si Cecunguk bakal muncul kembali...
Kerana ia cuma cecunguk...

Tajuk : Kerana Ia Cuma Cecunguk
Coretan : Pak Din
Lokasi : Dalam bilik
Mood : Sangat baik, tapi lapar, sakit perut, tertanya-tanya ade crita apa malam ni kat tv.
Glosari:
1) cecunguk : lipas kecil
2) pelan : perlahan, lambat
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::












1 budak nakal dah komen:
banyak kat cni..peti ais jadi rumahye n "teman2ye"
Post a Comment
Terima Kasih Untuk Komen Anda!