Selamat datang ke blog aku yang baru - ultramuddin.blogspot.com. Hehe!
Mungkin ada di antara korang yang sampai ke alamat baru rumah aku ni secara direct, ataupun dibawa terbang dari alamat lama - acubafikir.blogspot.com - sampai ke sini, ataupun mungkin jugak dari link exchange yang ada kat blog rakan-rakan lain. Apa-apapun, selamat datang aku ucapkan sekali lagi.
So, inilah entry pertama aku selepas terjadinya peristiwa hitam yang mana telah menyebabkan blog lama aku 'hancur' tanpa dapat dipulihkan lagi. Isk isk isk.... (sebonanye malas nak baiki. Haha!)
Pada mulanya, aku cuma nak try template baru yang aku jumpa. Lepas aku dah buat back-up untuk template lama, aku pun pasang template baru. Aku tak berniat pun nak tukar template lama aku tu. Ala.. macam korang pergi ke kedai baju, pastu try kat badan korang, tapi korang tak nak beli pun, cuma nak try je, sebab nak tengok korang jadi hensem tak kalau pakai baju tu. Hehehe!
Tiba-tiba, lepas aku tak berkenan dengan template tu dan nak tukar semula ke bentuk asal, template asal pulak buat masalah. Ada satu bahagian besar yang berubah secara tiba-tiba dan bagi aku, perubahan tu merupakan satu kecacatan. Kui3!
Pastu, aku dengan paniknya menghentikan dahulu operasi blog aku untuk sementara. Aku tak tahu sama ada nak baiki template lama, ataupun cari template baru.
***dipendekkan cerita***
Akhirnya, aku dapat pulihkan semula blog aku ni kembali ke bentuk asal. Tapi, dengan alamat yang baru. Alamat yang selama ni aku idam-idamkan. Kalau ada peluang, insyaallah aku akan tukar pulak. Aku nak domain sendiri. www.ultramuddin.com =D
Sepanjang hari-hari darurat untuk blog aku yang lama tu, aku dapat belajar beberapa perkara yang baru. Antaranya ialah cara untuk ubah layout blog, sama ada nak tambah kolum baru untuk widget, ataupun nak pindahkannya ke bahagian lain. Selain tu, aku dapat tau gak cara nak summarize entry-entry yang ada kat mainpage blog kita. Maksudnya, bagaimana cara untuk memaparkan hanya summary daripada entry-entry, tanpa memaparkan keseluruhan entry tersebut.
Mm.. aku harap dengan nama yang baru ni, aku akan lebih rajin update, dan dapat belajar lebih banyak perkara berkaitan html dan sebagainya.
Jumpe lagi yo! Babai!
Opss.. lupe plak. Aku nak tunjuk kat korang entry terakhir aku dari acubafikir.blogspot.com. Gambar ultraman yang aku dah edit menjadi lebih comel. Hahahaa!

Babai!












7 budak nakal dah komen:
naka sungguh la atromeng naik vespa..
rok ke dok nk hambat raksasa tu..
vespa ni pakai mase cuti2 je. nk jalan2.
kalu nk hambat rksase, ade transport khas. hahaaaa!
everything happen for reasons...
mmmm...anyway, nice try..
otomen tu comey sgt...
raksasa pun terkesima tgk vespa tu...huhu..
rksase tkesima tgok otromen tu. bkn vespa.
hehe...mane de....
vespa tu lg menarik perhatian...
bak kate ore klate
otromen tu "xdok ape2"...ngeh3
atromeng br stahun jagung umurnya..
tgk gigi pun tau dh br tubek 2 putung..
vespa tayar 4 je tu, hok xdok enjin..
-anok sdare pokcik-
eish, tu salah tgok tu. kene paham molek gmbr tsirat. huhuhu!
Post a Comment
Terima Kasih Untuk Komen Anda!