Tok... rasa macam baru semalam aku peluk dan cium pipimu... masih terasa kedut-kedut dan sejuknya wajahmu... Aku kira itu yang pertama kali buatku, kerana aku tak pernah lakukannya sebelum ni... dan masa tu aku rasa itu kali terakhir bagiku, kerana aku rasa bagai tak berpeluang lagi untuk bertemumu...
Tok... tika kecil aku tak pernah langsung kenal wajahmu lantaran aku tinggal di seberang yang jauh. Aku tak ingat bila pertama kali kita bersua muka dan tahu yang engkau adalah tok aku. Mungkin masa tu umur aku dalam 12 tahun kot... entah la... masa tu, aku tengok engkau dan mak menangis teresak-esak... fikiran kanak-kanakku berbisik : "mungkin diorang dah lame tak jumpa". Lepas tu kita kembali terpisah. Hanya beberapa tahun selepas tu baru la kita berjumpa pula... Itupun setahun atau dua tahun sekali.
Tok... sejak aku menyambung pengajianku di Terengganu, masa tu la baru kita lebih mengenali. Kau ceritakan tentang sejarah hidupmu, tentang usahamu membesarkan anak-anak, tentang mak aku, walaupun kadang-kadang kau sebak, termenung sejenak, kau teruskan jugak, dan aku pula tekun mendengar.
Tok... aku tak tahu bagaimana sayangnya kau pada cucu-cucumu. Aku lihat mereka bagaikan lebih kau sayangi dari anak-anakmu sendiri. Aku lihat bagaimana kau jaga makan dan minum mereka, didik dan rotan mereka sehingga besar, macam tak pernah jemu...
Namun, usia tuamu tidak mengizinkanmu untuk terus melayan kerenah mereka. Ye la, mereka pun dah besar, kalau buat hal pun, aku tengok kau hanya mampu mengeluh je... setiap hari... Tubuhmu juga dah tak segagah dulu... Syukur sebab masih ada anak-anak dan cucu yang sentiasa menjagamu, siang dan malam...
Tiba waktu kau pergi, tatkala aku tak berpeluang langsung untuk menjengukmu dek jauhnya dudukku kini... Aku hanya meminta khabar dari mak, sekadar untuk mengubat kerisauanku... Namun, Allah lebih menyayangimu. Dia mengujimu dengan ujian yang agak berat - patah peha akibat jatuh kat bilik air. Aku tahu itu adalah kaffarah bagi orang yang beriman.
"Pada setiap musibah yang menimpa seorang muslim merupakan suatu kaffarah. Sekalipun (musibah itu berupa) bencana yang menimpanya atau duri yang menyucuknya."

(Hadis riwayat Muslim)
Lalu Dia menjemputmu pulang pada hari Jumaat yang mulia... Betapa besarnya rahmat yang Dia limpahkan kepadamu tok...
عن عبدالله بن عمرو قال, قال رسول الله (ص) ما من مسلم يموت يوم الجمعة أو ليلة الجمعة الا وقاه الله فتنة القبر
Maksudnya : Daripada Abdullah bin ‘Amru katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Tidaklah sesiapa di kalangan orang Islam yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan dipelihara oleh Allah daripada fitnah kubur.
Tok... jauh di sudut hatiku, aku rindu senyumanmu. Aku rindu marahmu. Aku nak tengok semula wajah tuamu. Baru kini aku rasa menyesal kerana tidak menggunakan peluang bersamamu untuk lebih menyayangimu. Aku sebak, menangis, apabila tiap kali memikirkan, jika aku balik nanti, pasti yang tinggal hanya katil dan kain batikmu yang terlipat kemas. Tiada lagi tubuhmu yang sebelum ni selalu je terbaring lesu kat situ. Tiada lagi peluang untuk aku salam dan cium pipi tuamu. Tiada lagi peluang untuk aku mengurut kaki dan betismu. Tiada lagi peluang untuk aku bercakap dan bersembang denganmu... Arghhh!! Memang aku akan menyesal tak sudah!
Tok... aku tulis semua ni bukan untuk meratapi pemergianmu... tapi aku nak luahkan apa yang terbuku kat hati ni. Tok nak tau tak? Aku memang sayang kat tok. Tapi, aku memang tak pandai nak luahkan. Aku harap, selama ni tok dapat rasa yang aku sayang kat tok.
Aku senantiasa berharap agar dapat bertemu denganmu sekali lagi... walaupun dalam mimpi... Sebab, aku nak bagitau yang aku sayang kat tok, aku nak mintak maaf atas salah silap yang aku pernah buat, aku nak sembang-sembang lagi dengan tok, aku nak jumpa tok.
Tok... pergilah dengan aman. Kami akan menyusulimu. Dengan segala kebaikan yang Allah dah tunjukkan padamu, aku berdoa agar kau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan bakal ditempatkan di syurgaNya. Amiiin...
Aku rindukanmu tok...
Jumpa lagi tok...

19 budak nakal dah komen:
Innalillahi wainna ilahi rajiun.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan para2 nabi,syuhada dn seluruh org mukmin di dlm syurga firdausi.. ameeen
al fatihah..
الفاتحة...اللهمّ اغفر لهم و ارحمهم و عافهم و اعف عنهم
amiiin..
trm kasih abe nie n long.
biase la. yg hidup mesti akan pergi =)
innalillahiwainna ilaihi rajiun....
semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman disana.....ameen...
nampaknye sy terlmbat...maaf...doakanlah yang terbaik buat nendamu (if i'm not mistaken)...
amiin. trm kasih..
btul la tu. hehe!
smoga roh tok dcucuri rhmat dan dtmptkn bsma orng2soleh..aku pon myesal bab xpnh nk amk pluang tuk lebih mnyayangi tok..aku pon sebak ttkla bca blog ni bab aku brda jauh d prntauan..raya posa lepas mrupakn kali trakhir aku mnitipkn ciuman trakhir di pipinya..tpi aku brsyukur umiku smpt brsamanya d saat2 trakhirnya..
Alfatihah....
..setiap yg hidup pasti akan pergi..
xpe dik. dh sampai mase dia. daripada dia letih memanjang, baik la balik rehat kat rumah.
T.T
xde da orang nak suruh aku g beli mi sup....
huhu..
tok, aku jaga tok slama ni bukan sebab upah, sebab tu aku x pena amek duit tok walaupun duit yang tok bagi untuk g beli mi sup....
aku sayang tok, walaupun tok slalu marah aku, tapi tok slalu gak senyum bila aku kutuk orang....
i love u tok....
T.T
ya ka tok senyum? biar betul ni. hahaa!
em.. kita smua syg tok.. nnti tok baca blog ni mesti terharu ni kan?
tok ketawa lagi.. nak2 kalau time tu che de mah, umi o sape2 la jadi mangsa kutukan...
kita tunggu je la tok balas komen kat cni....
mesti nanti tok start blajar main internet...
ya la... harap2 tok gembira slalu kat sana..
ble makan mi sup lagi... ahahahhah
bengong.. hahahaa! tok mesti duk gelak2 kat sane... xde mase dh nk makan mee sup nih. byk lg bnde sedap2. haha!
mintak tok cari bidadari la sorang, mintak tok suruh bidadari tu jaga cucu dia yang comel ni = emanemon
tok x dgr kot... hahaha!
antar sms da
astaghfirullah3..pai ptus tasbeh ak ni bristghfr tuk kmu..ad ke ptut d bwk men..cian tok tau..astaghfirullah3..pe nk jd bbdak zaman skg..
bukan la.. sbnrnya kami bdoa supaya tok dtempatkan d syurga n happy slalu.. hehe!
Post a Comment
Terima Kasih Untuk Komen Anda!