Pages

24 February 2010

Jom Makan Kerepek

Assalamualaikum wbt.

Em... macam mana nak start ye...

Sebonanye aku tak ade idea nak tulis untuk malam ni. Lagipun, dalam seminggu ni, aku asyik-asyik save as draft ape yang aku tulis tu. Dah tulis sekerat, idea hilang. Tulis sekerat, idea hilang.

Sekarang pun, aku memang sedang berfikir untuk delete post ni. Ai... berat... berat... Hahaha!

Kuliah aku dah bermula hampir 3 minggu. Dengan pelbagai masalah yang timbul, aku rasa bagaikan kuliah masih belum bermula. Masih belum panas enjinnya. Kadang-kadang aku terfikir juga untuk menggunakan apa-apa cara yang berkesan. Baca sebelum kuliah esok bermula, aku dah cuba. Baca selepas pulang dari kuliah, aku dah cuba. Tapi tak ada semangat langsung. Baca 2 atau 3 muka surat, dah bosan. Mungkin sebab enjinnya belum mahu panas. Aku masih menunggu untuk mencuba cara-cara yang lain. Semoga enjinnya cepat panas.

Ape lagi aku nak merepek ni ye...

Oo ye..

Dua hari lepas, aku ada terbaca berita mengenai isu yang tiba-tiba menjadi hangat. Isu mengenai nikah koboi di kalangan mahasiswa universiti-universiti kita di Malaysia. Aku tak pernah terfikir pun yang perkara sebegitu boleh berlaku. Namun hakikatnya, trend ini semakin mula mengambil tempat di hati remaja-remaja kita kerana caranya yang sangat mudah : hanya perlu cukupkan kelima-lima rukun, dah boleh nikah, walaupun tidak mencukupi kriteria yang dikehendaki oleh Islam.

Aku belum tahu apa puncanya. Namun, dari kaca mataku, aku beranggapan bahawa masalah ini sedikit sebanyak turut disumbangkan oleh penuntut-penuntut di bidang agama. Jangan terkejut ye. Kerana aku juga punya pendapatku sendiri untuk menyokong kata-kataku. Kalau ada masa lapang, insyaallah aku akan tulis sesuatu mengenainya.

Sebonanya, aku dah cuba tulis pasal isu ni dua hari lepas, namun, seperti biasa, tak sampai seperenggan pun aku tulis, aku save post tu, dan terbiarlah ia sebagai draft. Hehehee!

Akhir kata, juga sebagai nasihat untuk diriku sendiri, jika kita ada masalah, carilah seseorang yang sudi mendengar dan berkongsi masalah dengan kita. Jangan disimpan di dalam hati kerana nanti ia akan membengkak, bernanah, dan seterusnya mungkin akan menjangkiti, atau menyakiti sesiapa sahaja di sekitar kita. Silap-silap, kawan-kawan pulak yang jadi mangsa. Satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Ibu kita adalah tempat terbaik untuk kita berkongsi masalah kerana mereka merupakan orang yang terlebih dekat kepada kita. Darah mereka adalah darah yang ada di dalam kita. Jiwa dan naluri mereka amat memahami keadaan kita. Seterusnya barulah bapa kita.

Begitu juga sahabat. Carilah sahabat yang sentiasa sudi berkongsi pahit manis kehidupan bersama. Bukan yang hanya tahu menjilat madu. Kemudian pergi berlalu.

Sebonanya, susah untuk mencari sahabat yang benar-benar memahami diri kita. Paling tidak, dia akan cuba untuk memahami, serumit manapun hal kita.

Namun, jika kita telah menemui sahabat sedemikian, kita sebenarnya sangat beruntung. Jagalah persahabatan tersebut. Kerana, tidak mudah untuk mencari persahabatan yang semacam itu lagi di lain masa. Jika hilang, memedihkan. Jika ada, membahagiakan.

Emm... Aku rase cukup dulu kerepek kita untuk kali ni. Tak boleh hidang banyak-banyak, nanti habis. Payah pulak aku nak cari stok lain.

Serangkap pantun dari aku:

Baik kerepek dari cerut,
Baik merepek dari mencarut!


::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::

6 budak nakal dah komen:

SILENT READER said...

3 in 1 entry...hehe

sahabat, kawen koboi n santai....

friend in need is friend in deed...
just think about it....

Ultramuddin on 24 February 2010 18:01 said...

campur je smue.. dh xde idea kan . hehehe!

anap_ilmi on 25 February 2010 03:54 said...

hows ur life?

Ultramuddin on 25 February 2010 16:00 said...

my life? tunggang langgang. hhahaha!
anap, smbung la kembara turkey tu. muqaddimah pn x abis lg.

budak kecik said...

pas ni hdang krepek kak zan plak la

Ultramuddin on 5 March 2010 23:13 said...

xleh.. yg tu kene makan sdiri2 je sbb sedap. hahahaa!

Post a Comment

Terima Kasih Untuk Komen Anda!

About Me

My Photo
x pandai nk berblog. harap sudi tunjuk ajar. hehe ^^,
back to top