Pages

10 September 2010

RAYA? TAK RAYA?

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah Ta'ala sebab masih bagi peluang kat aku untuk terus hidup bernafas pada hari ini. Bangun pagi pada 1 Syawal, menunaikan solat sunat eid ul-fitri di masjid, beraya di rumah sendiri dan rumah saudara mara, menerima tetamu, serta pelbagai lagi aktiviti pada kebiasaan raya, dan kini telah menjengah malam menunggu hari esok entah apa yang ada.

Dewasa ini, aku memandang raya bukan lagi sebagai suatu perayaan. Kalau dahulu, sejak kecil, rayalah yang lebih ditunggu-tunggu kerana keseronokan yang ada di dalamnya. Tapi sekarang dah besar panjang, aku semakin faham bahawa Eid ul-Fitri bukanlah suatu pesta mahupun suatu keseronokan.

Eid ul-Fitri adalah suatu kesyukuran selepas berjaya membersihkan diri sepanjang Ramadhan. Eid ul-Fitri adalah hari bagi meraikan kemenangan setelah sebulan melatih dan menjinakkan nafsu. Eid ul-Fitri adalah hari di mana jika aku berjaya mengambil peluang keampunan dari Allah dengan sebaiknya ketika Ramadhan, maka aku atau sesiapa sahaja berhak meraikannya!!

Nah! Lalu di manakah kedudukan aku??

Peluang yang diberi kepadaku telah aku ambil atau aku abaikan sahaja??

Setiap hari memohon keampunan dari Allah Ta'ala, namun telah terbuktikah yang aku tak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama??

Ramadhan kali ini, bersungguhkah aku menagih keampunanNya atau sahaja berangan untuk ketemu Ramadhan berikutnya?

Dan akhirnya,, layakkah aku untuk menyambut Eid ul-Fitri ini itulah persoalannya.... selalu terngiang-ngiang di telingaku beberapa hari sebelum tiba di penghujung Ramadhan..


pic source : http://www.guardian.co.uk


Ya Allah,, layakkah aku?

Telah kembali fitrahkah jiwaku?

Ya Allah.... Jika Ramadhan yang kulalui ini telah sia-sia pada pandanganMu, maka pada malam ini aku pohon dan terus merayu, ampunkanlah dosa-dosaku buat kesekian kalinya. Biar di dunia aku malu kerana menghadapMu beribu-ribu kali sekalipun, walaupun gugur daging-daging pada mukaku kerana maluku kepadaMu, aku sanggup, asalkan segala dosaku terhapus sebelum menghadiri mahkamahMu..

Engkau Maha Pengampun, dan RahmatMu jauh mengatasi murkaMu.

Ampunkanlah segala dosa-dosaku..

Aku ingin 'lahir' semula tanpa dosa..

Amiin ya Rabb al-'Alamiin...


::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::

0 budak nakal dah komen:

Post a Comment

Terima Kasih Untuk Komen Anda!

About Me

My Photo
x pandai nk berblog. harap sudi tunjuk ajar. hehe ^^,
back to top