Pages

16 November 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum w.b.t


Haih~ makin lama makin malas nak update blog ni. Tapi kalau nak tinggal, sayang pulak. Dah design comel lote cute miut ni takkan nak tinggal macam tu je. Haha =P

Tak pe tak pe.. hari ni aku nak update jugak sempena Hari Raya AidilAdha ni.

Kambing-kambing beraksi bagi menarik perhatian pembeli supaya memilih mereka.

Sebenarnya kat Jordan ni, atau secara umumnya kat tanah Arab ni, AidilAdha disambut awal sehari dari Malaysia dan negara-negara yang sewatu dengannya. Sebab apa jadi macam tu aku pun tak tahu. Mungkin dari segi pengiraan hisab kalendar kot. Maknanya, kalau Malaysia raya pada 17 haribulan, masyarakat arab pula akan meraikannya pada 16 haribulan.

Pada hari ini, kebanyakan (atau mungkin semua) penduduk kat Jordan ni akan beramai-ramai keluar bagi bertemu dan menziarahi sanak saudara serta kenalan. Memang meriah. Jalan-jalan raya akan dipenuhi orang (dan darah sembelihan). Berbeza dengan sambutan hari raya AidilFitri yang mana mereka hanya menyambutnya dengan ala kadar sahaja sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan. Kadang-kadang lepas solat sunat AidilFitri tu, ada yang sambung semula tidurnya.. (haish~ tetap jugak tak faham kenapa macam tu...)

Pada hari ini juga, ada di kalangan mereka dan pelajar-pelajar Malaysia yang berkemampuan akan membeli kambing atau berkongsi bahagian lembu atau unta, untuk disembelih sebagai memenuhi tuntutan Syariat Islam. Pada awal pagi selepas solat sunat, kita akan dapat saksikan darah memenuhi segenap tanah Jordan. Bau darah mengelus lembut bulu hidungku yang mulus~

"Aku mati dalam iimaaan~" kata Galileo sambil senyum-senyum kambing.

Apa-apa pun, dalam kemeriahan menyambut raya ni, jangan pula kita lupakan kisah agung yang terdapat di sebaliknya. Pengorbanan nabi Allah Ibrahim a.s. yang diperintahkan (diuji) supaya menyembelih anaknya Ismail a.s. untuk dikorbankan, dan kemudian (sebagai tanda nabi Ibrahim berjaya menghadapi ujian tersebut) digantikan oleh Allah s.w.t. dengan seeokor kibasy sebagai ganti sembelihan.

Selamat Hari Raya AidilAdha.

كل عام وأنتم بألف خير



::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::

9 budak nakal dah komen:

Salju Sakinah on 18 November 2010 12:19 said...

urmm..pengkongsian yg hebat:)

Ultramuddin on 18 November 2010 19:00 said...

suke tgok kambing tu :P

anap_ilmi on 20 November 2010 20:20 said...

sembang mcm pernahhhh je beraya kat jordan..cet

Ultramuddin on 20 November 2010 21:43 said...

hahahahaa.. silap plak.. x sgka ade senior tiba2 rajin wat blog-walking.. kui3..
ade silap tolong pbetulkan ye..
mcm knapa mlysia raya lewat sehari..
rupeny, mlysia senegara je yg raya 17...
negara lain byk 16..
x paham..
emmm...saye budak baru blajar..
salah silap tlg tjukkan.. kui3..
2 kali dh ry haji cni.. ry puasa x lg.. =P

anak budak kecil said...

knpe ade sekor kambing ade gmbr ultramen?? (ke"confius"an mlanda~)

Salju Sakinah on 27 November 2010 15:44 said...

ultrman duk jga kambing tue..tkut kena curik kot..:>

Ultramuddin on 27 November 2010 22:05 said...

ish3... otromen tu nk tumpang glamour...
korang ni kalo x jeles x boleh kan?? hahahaa =P

Salju Sakinah on 28 November 2010 16:18 said...

urmm...mesti kmbing tue ckp dlm hti..(ultrmn nie mcm sma bau jew gn aku sbb tue suke sgt tumpng glmor aku)..hehehe

budak kecik said...

cam unta je..

Post a Comment

Terima Kasih Untuk Komen Anda!

About Me

My Photo
x pandai nk berblog. harap sudi tunjuk ajar. hehe ^^,
back to top