(Seperti yang disiarkan di blog baruku)
Assalamualaikum w.b.t.
Semalam baru je chatting melalui YM dengan ayah kat Malaysia. Banyak perkara jugak yang kami bincangkan. Maklum la dah beberapa minggu tak kontek diorang sebab sibuk melayan final exam.
Tapi kali ini agak berbeza, kerana perbincangan ayah dan aku pada malam tu agak serius. Aku lebih banyak bertanya tentang kehidupan dewasa. Itulah pertama kali aku merasa erti kedewasaan apabila buat kali pertamanya ayah bercerita mengenai alam perkahwinan. Itulah kali pertama aku bertanya tentang pernikahan, dan ayah menjawab dengan penuh tanggungjawab.
Sebelum ni, pantang ditanya tentang perkahwinan dan perempuan, ayah pasti akan sedikit marah dan berkata, "tak payah nak gatal-gatal nak berbini. Belajar dulu". Memang ayah sangat bertegas dalam hal tersebut.
Berbeza dengan ummiku yang akan mengimbangkan pendiriannya dengan ayah, supaya anak-anak akan ada tempat bertanya tentang hal-hal tersebut walaupun dalam nada bergurau.
Banyak yang kami bincangkan. Cuma, apa yang terdetik di hatiku adalah semenjak dua menjak ni, perasaan betapa kasihnya seorang ayah kepada anak-anaknya.

- Sekadar gambar hiasan. Dari sumber.
Walaupun zahirnya seorang ayah sangat bertegas dan kelihatan tidak adil kepada anak-anaknya (hatta mungkin kepada isterinya sendiri), namun apa yang tersirat dalam hatinya adalah suatu kasih sayang yang tiada berbelah bagi kepada mereka semua.
Seorang ayah tidak akan menzahirkan rasa sayang itu seperti mana seorang ibu lakukan. Mereka tetap diberi suatu rasa ego (maksud aku, ego baik) bagi menjaga tingkatnya, dan ketegasan sebagai seorang pemimpin keluarga.
Kita tidak akan nampak seorang ayah (secara umumnya) bergelak tawa sepanjang masa dengan anak-anak, melayan setiap bait-bait kerenah mereka ketika pulang dari sekolah, menyuap makanan ketika makan malam bersama, membelai dan mengusap kepala mereka setiap malam sebelum tidur. Kita tidak akan selalu melihat semua perkara itu melainkan hanya pada ketika yang amat jarang.
Namun, siapa tahu yang hatinya sentiasa berdoa siang dan malam untuk kesejahteraan anak-anak dan isterinya? Siapa tahu yang dia gembira melihat telatah anak-anak kecil bergurau senda dengan ibunya? Siapa tahu yang dia senang apabila anak gadisnya meluahkan masalahnya kepada si ibu untuk dikongsi?
Mungkin wajahnya garang dan nampak sangat tegas dan tidak banyak kasih sayang berbanding ibu. Namun, lihatlah wajahnya tatkala dia tertidur apabila keletihan kerana seharian penat berkerja. Kita akan dapati segala kasih-sayang dan kesusahan yang sering dilaluinya demi anak-anak dan isteri, akan terzahir ketika itu tanpa dapat diselindungi. Kerut-kerut wajahnya kini bukan lagi suatu yang digeruni, namun telah menjadi sesuatu yang perlu dihargai.
Tataplah dengan penuh sedar, semoga rasa sayang kita terhadap ayah akan bertambah kejap dan erat.
Tiada seorang ayahpun yang membenci anak-anaknya. Tiada ayah yang tidak menyayangi isterinya. Hatta seorang ayah yang beriman yang berpoligami juga turut sedar akan tanggungjawab dan kasih sayang yang perlu diberikan kepada isteri-isterinya walaupun menyedari bahawa rasa kasih bukanlah sesuatu yang dapat dibahagikan dengan adil.
Dalam suatu hadis, nabi s.a.w. berdoa :
Mafhumnya, “Ya Allah ya Tuhanku! Inilah pembahagianku dalam perkara-perkara yang berada di dalam milikku ( nafkah, giliran, dan sebagainya ) dan jaganlah Engkau persalahkan aku dalam perkara-perkara yang dimiliki olehMu ( kasih ) dan tidak dimiliki olehku.” (Dikeluarkan oleh Abu Daud, at-Tarrmizi dan an-Nasai’)
Justeru, selagimana seorang ayah masih menunaikan semua tanggungjawabnya dengan semampunya, maka janganlah dicela. Seorang ayah bukanlah malaikat yang selamat dari salah dan silap. Dia hanyalah manusia biasa. Jangan kerana sedikit kekurangannya sebagai manusia dalam memberikan kasih sayang, habis segala jasa dan pengorbanan membesarkan anak dan menyara isteri dilupakan. Berdosa!
Itulah ayah.
Kasih seorang ibu pada anaknya tiada tadingan. Namun kasih seorang ayah, apabila diselami dan dihayati, pasti menyedarkan kita, betapa tidak adilnya kita menilai seorang ayah selama ini.
Terima kasih ayah, kerana telah membesarkan kami dengan kasih-sayangmu yang tersendiri.
Sayang ayah. Sayang ummi.












5 budak nakal dah komen:
mujur xde like mcm FB..kalau x mesti nak tekan like berkali2..huhu
nice entry, mengingatkan pada yang kadang terlupe..xramai yang mengadili ayah dengan seadilnya...bila dah baca entry ni kebetulannya terdengar lagu sentuhanmu...berkali2 tersentuh ni..
mm...selamat hari ayah! :P
ni hadiah hari ayah...hehe
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
thanks.. hehe.. tu la kan,, kadang2 kite rase ape yg kite buat tu dh terbaik,, tp sbenarnya ayah dan ibu, mereka jauh lebih tahu ape yg kite perlu utk mase depan.. =)
..btul3....heee
ya rabb..=')sentuhan yg amat mendalam n terkesan...moga kite sma2 dpt berbakti pda org tua kite shingga k pnghujung hayat..=')
syukran.. same2 kita perbaiki kekurangan kita slama ni,, sbelum terlewat untuk menyedari nilai kasih seorang ayah =)
Post a Comment
Terima Kasih Untuk Komen Anda!