26 August 2011
Rumah Baru Dah Siap
26 May 2011
Kasih Ayah...
(Seperti yang disiarkan di blog baruku)
Assalamualaikum w.b.t.
Semalam baru je chatting melalui YM dengan ayah kat Malaysia. Banyak perkara jugak yang kami bincangkan. Maklum la dah beberapa minggu tak kontek diorang sebab sibuk melayan final exam.
Tapi kali ini agak berbeza, kerana perbincangan ayah dan aku pada malam tu agak serius. Aku lebih banyak bertanya tentang kehidupan dewasa. Itulah pertama kali aku merasa erti kedewasaan apabila buat kali pertamanya ayah bercerita mengenai alam perkahwinan. Itulah kali pertama aku bertanya tentang pernikahan, dan ayah menjawab dengan penuh tanggungjawab.
Sebelum ni, pantang ditanya tentang perkahwinan dan perempuan, ayah pasti akan sedikit marah dan berkata, "tak payah nak gatal-gatal nak berbini. Belajar dulu". Memang ayah sangat bertegas dalam hal tersebut.
Berbeza dengan ummiku yang akan mengimbangkan pendiriannya dengan ayah, supaya anak-anak akan ada tempat bertanya tentang hal-hal tersebut walaupun dalam nada bergurau.
Banyak yang kami bincangkan. Cuma, apa yang terdetik di hatiku adalah semenjak dua menjak ni, perasaan betapa kasihnya seorang ayah kepada anak-anaknya.

- Sekadar gambar hiasan. Dari sumber.
Walaupun zahirnya seorang ayah sangat bertegas dan kelihatan tidak adil kepada anak-anaknya (hatta mungkin kepada isterinya sendiri), namun apa yang tersirat dalam hatinya adalah suatu kasih sayang yang tiada berbelah bagi kepada mereka semua.
Seorang ayah tidak akan menzahirkan rasa sayang itu seperti mana seorang ibu lakukan. Mereka tetap diberi suatu rasa ego (maksud aku, ego baik) bagi menjaga tingkatnya, dan ketegasan sebagai seorang pemimpin keluarga.
Kita tidak akan nampak seorang ayah (secara umumnya) bergelak tawa sepanjang masa dengan anak-anak, melayan setiap bait-bait kerenah mereka ketika pulang dari sekolah, menyuap makanan ketika makan malam bersama, membelai dan mengusap kepala mereka setiap malam sebelum tidur. Kita tidak akan selalu melihat semua perkara itu melainkan hanya pada ketika yang amat jarang.
Namun, siapa tahu yang hatinya sentiasa berdoa siang dan malam untuk kesejahteraan anak-anak dan isterinya? Siapa tahu yang dia gembira melihat telatah anak-anak kecil bergurau senda dengan ibunya? Siapa tahu yang dia senang apabila anak gadisnya meluahkan masalahnya kepada si ibu untuk dikongsi?
Mungkin wajahnya garang dan nampak sangat tegas dan tidak banyak kasih sayang berbanding ibu. Namun, lihatlah wajahnya tatkala dia tertidur apabila keletihan kerana seharian penat berkerja. Kita akan dapati segala kasih-sayang dan kesusahan yang sering dilaluinya demi anak-anak dan isteri, akan terzahir ketika itu tanpa dapat diselindungi. Kerut-kerut wajahnya kini bukan lagi suatu yang digeruni, namun telah menjadi sesuatu yang perlu dihargai.
Tataplah dengan penuh sedar, semoga rasa sayang kita terhadap ayah akan bertambah kejap dan erat.
Tiada seorang ayahpun yang membenci anak-anaknya. Tiada ayah yang tidak menyayangi isterinya. Hatta seorang ayah yang beriman yang berpoligami juga turut sedar akan tanggungjawab dan kasih sayang yang perlu diberikan kepada isteri-isterinya walaupun menyedari bahawa rasa kasih bukanlah sesuatu yang dapat dibahagikan dengan adil.
Dalam suatu hadis, nabi s.a.w. berdoa :
Mafhumnya, “Ya Allah ya Tuhanku! Inilah pembahagianku dalam perkara-perkara yang berada di dalam milikku ( nafkah, giliran, dan sebagainya ) dan jaganlah Engkau persalahkan aku dalam perkara-perkara yang dimiliki olehMu ( kasih ) dan tidak dimiliki olehku.” (Dikeluarkan oleh Abu Daud, at-Tarrmizi dan an-Nasai’)
Justeru, selagimana seorang ayah masih menunaikan semua tanggungjawabnya dengan semampunya, maka janganlah dicela. Seorang ayah bukanlah malaikat yang selamat dari salah dan silap. Dia hanyalah manusia biasa. Jangan kerana sedikit kekurangannya sebagai manusia dalam memberikan kasih sayang, habis segala jasa dan pengorbanan membesarkan anak dan menyara isteri dilupakan. Berdosa!
Itulah ayah.
Kasih seorang ibu pada anaknya tiada tadingan. Namun kasih seorang ayah, apabila diselami dan dihayati, pasti menyedarkan kita, betapa tidak adilnya kita menilai seorang ayah selama ini.
Terima kasih ayah, kerana telah membesarkan kami dengan kasih-sayangmu yang tersendiri.
Sayang ayah. Sayang ummi.
22 April 2011
Boring2 nih... ape kate kite,, haaaa...

06 December 2010
Resipi : Ayam Harum Thai
Alhamdulillah, ade gak mase untuk aku rehat-rehat kejap. Dua tiga minggu ni asyik sibuk dengan 2nd tests. Kalau online pun tak dapat nak enjoy mane. Kebetulan ada peluang ni, tambah pulak aku dah lama tak kongsi resipi, so, kali ni aku akan post satu lagi resipi masakan. Tapi ingat, ni bukan blog masakan tau :P
Resipi kali ni bukan aku reka sendiri seperti Ayam Marikh, tapi aku cuba dari sebuah website My Resipi sebab malam tu aku tak ada idea nak masak apa, jadi terfikir nak cuba.
Kepada siapa-siapa yang malas-malas tu dan yang tak berapa pandai nak masak, bole la try ye.
AYAM HARUM THAI ( cadangan hidangan untuk 6 orang )
Bahan A (semua bahan A dihiris nipis)
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan B (campurkan semua bahan B jadikan sos)
- 2 sudu besar - sos cili
- 1 sudu besar - sos tomato
- 2 sudu besar - pes tomyam
- 2 sudu besar - kicap cair
- 2 sudu besar - kicap manis
- 1 biji limau nipis diperah dan diambil airnya
Bahan-bahan lain:
- Isi ayam - diambil dari 1/2 ekor ayam
- 2 batang serai - dititik
- 4 helai daun limau purut
- 2 biji lada benggala/capsicum (dihiris/dibelah 4)
- daun sup (dihiris nipis)
Cara-cara:
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan Bahan A hingga wangi, kemudian masukkan Bahan B & tumiskan
- Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut
- Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau
- Akhir sekali masukkan lada bengala/capsicum
- Siap. Pastu boleh la taburkan hirisan daun sup untuk hiasan. Nak masak sekali pun boleh =)
Sekian, selamat mencuba ^_^
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
27 November 2010
Pengalaman Pahit yang Manis
Hari ni aku nak kongsi sedikit pengalaman yang baru sahaja aku lalui semalam. Pengalaman ni agak ngeri pada hematku - menjadi ahli panel dalam sebuah forum anjuran persatuan.
Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Namun, secara keseluruhannya, it's truly crazy~. Haha. Keadaanku pada ketika itu :
1) Pengalaman = 0
2) Persediaan = 70% x pengalaman (0) = 0
3) Persembahan = on air x persediaan (0) = 0
Memang itulah kali pertama dalam seumur hidup aku. Ketika dihubungi oleh seorang rakan dari Jami'ah Yarmouk, aku sudah tak tahu nak kata apa. Dalam hati kuat menolak. Namun, kehebatan rakanku memujuk tak dapat ditandingi. Sedar-sedar je, aku dah terima tawaran tersebut. Haih~
Namun, aku kuatkan jugak niat aku - untuk mencari pengalaman. Sehelai demi sehelai helaian internet aku selak. Isi-isi penting aku catat dalam sebuah buku kecil sambil mendengar satu rakaman ceramah berkenaan tajuk tersebut.
Oppsss.. sebelum terlupa, tajuk forum tersebut berbunyi lebih kurang begini, "I'tibar dari pengorbanan Ibrahim a.s / Aidiladha". Aku tak berapa ingat tajuknya =P
Tiba hari tersebut, aku ber'aksi' di atas pentas bersama seorang moderator dan seorang lagi ahli panel. Aku betul-betul blur masa tu. Kalau ikutkan hati, rasa nak turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk. Tapi aku tahu semua tu tak akan terjadi. Aku tekad jugak untuk lalui malam tersebut. Berjaya atau tidak, belakang punya cerita la machaaa!
Ketika giliran aku, punyalah aku dapat perhatikan semua orang di hadapan aku merenung aku dengan 1001 riak wajah. Apabila dicampur semua sekali, hasil kiraan yang aku perolehi adalah, mereka boring~ Hahahaa. Walaupun tak semua, tapi cukup untuk membuat aku berasa hilang kestabilan dan keyakinan diri.
Tiba giliran ahli panel kedua, mereka kembali segar. Sepanjang masa disambut dengan hilai tawa dan respon yang baik. Memang pandai sungguh saudari tersebut mengambil perhatian penonton. Gayanya tak ubah seperti Ustazah Siti Nor Bahiyah Mahmood yang popular kat Malaysia tu. Aku pulak? Rasa semakin rendah diri. Rasa macam nak ambik mikrofon kat depan tu dan telan! Tapi aku terus berlagak cool dan mengeraskan tekad untuk bertahan hingga selesai forum.
Selesai forum, argghhhhh~ dah malas nak cerita. Hahaha. Biarkan. Malu jugak nak berdepan dengan rakan-rakan lepas tu. Tapi macam biasa la, cool.. cool..
Tapi, apa-apa pun kesannya, perkara terpenting yang aku perlolehi pada malam tersebut dan tidak diperolehi oleh rakan-rakanku yang lain ialah P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. Sungguh bernilai bagi aku yang belum pernah ada peluang sebegitu.
Sebelum ni pun, aku cuma menonton forum di televisyen. Dan kadang-kadang melihat persembahan rakan-rakan ketika mereka bertanding di sekolah menengah dahulu. Aku pula hanya berangan. Tidak pernah berkeinginan untuk mencuba. Otak aku sentiasa set [ tak boleh ], [ tak mampu ]. Hahaha.
Aku bersyukur kerana diberi peluang. Kalau boleh, aku nak perbaiki dan pelajari lebih lagi. Siapa tahu kalau aku diberi peluang lain selepas ni kan? Pertama kali mungkin begini. Kali kedua insyaallah lebih baik. Dan seterusnya...
Sekian. Penat berceloteh. Dah tak peduli exam lusa.
Selamat beradu~
Tusbih 'ala kheir~
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
16 November 2010
Selamat Hari Raya AidilAdha
10 September 2010
RAYA? TAK RAYA?
Dewasa ini, aku memandang raya bukan lagi sebagai suatu perayaan. Kalau dahulu, sejak kecil, rayalah yang lebih ditunggu-tunggu kerana keseronokan yang ada di dalamnya. Tapi sekarang dah besar panjang, aku semakin faham bahawa Eid ul-Fitri bukanlah suatu pesta mahupun suatu keseronokan.
Eid ul-Fitri adalah suatu kesyukuran selepas berjaya membersihkan diri sepanjang Ramadhan. Eid ul-Fitri adalah hari bagi meraikan kemenangan setelah sebulan melatih dan menjinakkan nafsu. Eid ul-Fitri adalah hari di mana jika aku berjaya mengambil peluang keampunan dari Allah dengan sebaiknya ketika Ramadhan, maka aku atau sesiapa sahaja berhak meraikannya!!
Nah! Lalu di manakah kedudukan aku??
Peluang yang diberi kepadaku telah aku ambil atau aku abaikan sahaja??
Setiap hari memohon keampunan dari Allah Ta'ala, namun telah terbuktikah yang aku tak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama??
Ramadhan kali ini, bersungguhkah aku menagih keampunanNya atau sahaja berangan untuk ketemu Ramadhan berikutnya?
Dan akhirnya,, layakkah aku untuk menyambut Eid ul-Fitri ini itulah persoalannya.... selalu terngiang-ngiang di telingaku beberapa hari sebelum tiba di penghujung Ramadhan..
Ya Allah,, layakkah aku?
Telah kembali fitrahkah jiwaku?
Ya Allah.... Jika Ramadhan yang kulalui ini telah sia-sia pada pandanganMu, maka pada malam ini aku pohon dan terus merayu, ampunkanlah dosa-dosaku buat kesekian kalinya. Biar di dunia aku malu kerana menghadapMu beribu-ribu kali sekalipun, walaupun gugur daging-daging pada mukaku kerana maluku kepadaMu, aku sanggup, asalkan segala dosaku terhapus sebelum menghadiri mahkamahMu..
Engkau Maha Pengampun, dan RahmatMu jauh mengatasi murkaMu.
Ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Aku ingin 'lahir' semula tanpa dosa..
Amiin ya Rabb al-'Alamiin...
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
23 August 2010
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang selalu singgah ke blog usang tanpa penghuni ni, juga kepada siapa-siapa yang tak sengaja tersinggah, atau datang melalui link-link seperti facebook dan sebagainya, tidak lupa kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Marilah kita bersama-sama memperbaiki dan memperelokkan kualiti ibadah dan ketaqwaan kita di bulan Ramadhan ini, sebagai latihan untuk menghadapi bulan-bulan selepasnya. Perbanyakkan ibadah-ibadah sunnah untuk dijadikan bekalan ke negeri akhirat, dan bagi menghapuskan dosa-dosa yang sering kita lakukan dalam sedar atau tidak.
Em.. ape lagi ek... Oo ye.. same-samelah kita berusaha untuk mencapai tahap puasa yang diterima oleh Allah S.W.T., bukan hanya sekadar puasa yang beroleh lapar dan dahaga semata-mata. Rugi tu.. Cara nak mencapai tahap puasa yang berkualiti tu pulak korang boleh la cari dalam kitab-kitab ataupun cari je kat internet ni.. ade banyak..
Rebut peluang yang Allah beri ni sebaik mungkin.. tak mengapalah sibuk beribadat dalam bulan ini, biar sampai demam pun tak mengapa, yang penting kita dapat merebut fadhilat-fadhilat Ramadhan yang telah Allah janjikan.
Al-Quran, baca dan khatamkan sekurang-kurangnya sekali di bulan ini.. kalau di bulan-bulan lain kita tak berkesempatan, maka inilah bulannya untuk kita bersungguh. Tak perlu terburu-buru untuk menghabiskan bacaan, kerana bacaan yang perlahan dan disertai dengan faham serta tadabbur itu lebih baik berbanding bacaan secara cepat. Namun, kedua-duanya akan diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah Ta'ala, asalkan kita ikhlas melakukannya.
Sekian dahulu celoteh bermusim dari ultraman.
Selamat beribadat kepada semua.
Wassalam
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
16 April 2010
Macam Tak Percaya! Google PageRank
Nak tau ape?
Haaa... Pada masa tu, aku sedang melawat rakanku yang bernama Adenan. Sedang leka bercerita tentang domain dan hosting, tiba-tiba beliau bertanyakan tentang alamat blogku. Aku pun bagi la. Tiba-tiba beliau berkata, "Waaa Aisa, blog ko dah PR1!"
Blog aku PR1?? Biar betul?
Aku langsung tak sangka yang orang semalas aku boleh dapat PR1. Update blog pun sebulan 2 3 kali je. Kongsi link? Tak tahu la pulak kalau ade banyak laman web yang link ke blog aku ni. Terima kasih ye siape2 yang ada letak =) Hehee! Apa-apa pun, alhamdulillah. Sebab bukan senang nak naikkan PR ni (tapi tak susah sangat jugak pun). Ade orang dah bertahun buat blog, tp PRnya masih 0.
Opsss... Dari tadi aku sebut PR ni, korang tau tak PR tu ape? Aku pun tak berapa tahu jugak. Tapi insyaallah boleh berkongsi serba sedikit pengetahuan. Kalau ade salah harap boleh diperbetulkan ye =)
PR @ PageRank adalah seumpama 'pingat' yang dikurniakan oleh Google kepada laman-laman web yang mempunyai sambungan link (incoming links dari laman web lain) yang banyak. Maknanya, semakin banyak laman web yang meletakkan link kepada laman web kita, maka semakin tinggilah peluang kita untuk mendapat 'pingat' tersebut. Dan bagi setiap laman web tu pulak, jika laman web yang bersambung kepada laman web kita tu mempunyai PR yang tinggi, maka secara tidak langsung jugak akan menaikkan nilai PR kita dengan lebih cepat.

PageRank ni pulak mempunyai nilainya tersendiri iaitu dari PR 0 sehinggalah PR 10. Semakin tinggi nilainya, maka semakin bernilailah laman web kita, dan semakin ramai pulak pengunjung yang akan tiba ke lama web kita tanpa kita perlu mengundang mereka. So, kepada mereka yang kaki bisnes tu, perkara ni semestinya menjadi sesuatu yang amat penting kerana pengunjung yang banyak turut menjadi faktor penting dalam meningkatkan hasil jualan mereka.
Kalau macam blog aku ni, PRnya baru PR1.
Bagi blog Bro. Rohaizad pulak, PR3.
Manakala blog Saifulislam yang amat disegani tu, PRnya adalah PR5. Wow! Tinggi tu....
Google dan Yahoo! masing-masing mempunyai PR tahap gaban, iaitu PR10 dan PR9. Sesuai la dengan tahap kepopularan laman web diorang tu.
Selain itu, Google akan mengemaskini status PR dalam tempoh-tempoh tertentu. Tapi aku tak tau la pulak berapa bulan sekali. Ada yang kata 3 bulan sekali. Ada yang kata 5 bulan. Apa-apa pun, dalam tempoh tu kita berpeluang untuk berusaha menaikkan PR masing-masing. Caranya? Aku pun tak tahu. Hahahaa! Cuma, cari la apa jua cara yang kan menyebabkan sesebuah laman web tu meletakkan incoming links ke laman web korang. Antara yang biasa digunakan ialah dengan memberikan komen-komen pada laman web orang lain.
Hm.. sekarang kita dah tau serba sedikit tentang Google PageRank. Aku pulak, walaupun PR1, tapi aku tetap gembira. Rasa semakin bersemangat pulak untuk berlumba menaikkan PR blog aku ni. Hehe!
Tapi..................... Minggu depan ade exam!!! Argghhhh!!!
Doakan aku ye para pembaca sekalian =)
p/s : Opss... lupe pulak.. Korang boleh cek nilai PR laman web korang di sini ye.
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
Cuba-cuba Update
Bertemu lagi dalam siri mengarut kali ini.. hahaha! Malam ni, tak kira apa pun yang terjadi, aku nekad untuk update blog ni. Daripada dibiarkan bersawang, baik aku conteng sikit-sikit. Haaa.. nanti nampak la macam aku rajin update.
Minggu lepas aku ade terbaca satu post dari otai blog, Mr. Rohaizad. Beliau kata, blogger kena la rajin update blog. Walaupun kita tak punya idea pada masa tu, beliau sarankan agar kita tulis je apa-apa yang terlintas di kotak fikiran. Sebabnya, kalau nak tunggu entri-entri yang berkualiti, bukan setiap hari boleh datang. Kadang-kadang berbulan-bulan pun masih belum ada entri yang dirasakan sesuai. Jadi, baik kita tulis je apa-apa sebagai update. Yang penting, U.P.D.A.T.E.
Katanya lagi, selera pembaca ni berlainan. Ada yang suka kepada bacaan berat, artikel-artikel, dan ada juga yang gemar kepada bacaan-bacaan ringan dan termasuk juga celoteh tuan blog - cerita hariannya, diari, ataupun peristiwa-peristiwa tertentu yang disiarkan sekali-sekala. Jadi, pengunjung kita akan terus mengikuti perkembangan blog kita, dan mungkin juga perkembangan diri kita sendiri, mereka akan lebih mengenali kita dan ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan di antara para pembaca dan tuan blog, serta menambahkan 'kesetiaan' mereka untuk terus mengikuti blog kita.
Tak perlu la menulis secara panjang lebar. Cukup sekadar memberitahu perkembangan semasa kita - sedang sibuk exam dan sebagainya - ataupun, postkan sahaja mana-mana lirik lagu yang korang rasa best dan ingin dikongsi dengan pembaca (seperti yang aku selalu buat. Hehehe~)
Nampaknya, aku rasa aku dah boleh dikira telah mengupdate blog aku kan? So, aku mintak izin untuk mengundur diri. Hahaha! Dah pukul 3 pagi ni. Esok aku perlu bangun lebih awal dari biasa. Aku perlu study. Study! Exam! Arghhh...
Jika ada sesiapa yang terbaca post ini, doakan aku ye.. Semoga aku boleh study dan jawab dengan baik.
Amiiin..
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
19 March 2010
Wali Band : Aku Cinta Allah
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak bererti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
:::Best kan? Dapatkan lagu Aku Cinta Allah di sini:::
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
10 March 2010
Wah, Aku Dah 22 Tahun! Haha!
Tanggal 10 Mac 2010, sekali lagi aku dilahirkan ke dunia yang serba warna-warni ni. Alhamdulillah, Allah telah cukupkan lagi setahun umur dan rezekiku. Hanya aku sahaja yang masih belum lagi mencukupkan kewajipanku kepadaNya. Huhu~!
Waaa! Tak tau nak mula dari mana untuk catatan khas hari ini. Sebenarnya, aku berasa tersangatlah gembira hari ni. Ada banyak perkara yang aku dapat sepanjang sehari bergelar besday boy (bak kata cik HHH). Hahaa!
Bermula dengan ucapan pertama dari ummi yang amat aku sayang, aku rasa hidup ni cukup bermakna. Aku memang mahukan apa-apa sahaja yang berlaku dalam hidupku ini, kalau boleh biarlah yang pertama sekali respon ialah ummi dan ayahku.
Aku sempat berchatting dengan ummi selama beberapa jam. Dan ketika ummi mendoakan aku sempena hari ulang tahunku, ummi telah meluahkan satu perkataan yang tak pernah diucapkannya seumur hidup aku.
"ummi : 22 TAHUN DAH ANAK UMMI
ummi: INGAT LAGI MASA BERSALIN DULU
ummi: SAKITTTTTT
ummi: TAPI SYUKUR ANAK SIHAT"
Ketika itu, aku rasa macam ada batu besar yang telah menghempap kepala aku ni. Masa tu barulah aku tersedar betapa sakitnya apa yang telah ummi tanggung ketika melahirkan aku dan adik-adikku. Aku bagai baru terjaga dari tidur yang lama. Selama ini, aku tak pernah sedar pun. Tak pernah nak insaf. Hmm... patutlah Rasulullah s.a.w. meletakkan darjat ibu 3 kali lebih tggi dari bapa.
Lepas tu, kitorang buat satu conference yang menggabungkan semua familiku dari seluruh dunia. Hahaha! Dari Sabah ade, Pulau Labuan ade, dari Mesir pun ade, dari Jordan pun ade. Kami bersembang lebih dari satu jam. Bertanya khabar, bergelak tawa, dan macam-macam lagi.
Ketika itu juga, aku sibuk melayan ucapan dari rakan-rakan yang pernah kukenal, termasuk yang aku kenal ketika aku masih berumur 5 tahun. Semuanya di Facebook. Aku sendiri tak menjangka akan menerima ucapan yang sebanyak itu. Tak menang tangan aku dibuatnya. Tapi aku gembira dan sedar bahawa aku punya ramai rakan yang sentiasa menyokong dan mengingati aku. Terima kasih ye semua. Hehehe~!
Hari ini jugak aku telah diraikan oleh teman-teman serumahku di sini. Walaupun kitorang tak buat ape-ape majlis yang istimewa, walaupun hanye makan kat kedai ala-ala KFC, tapi dengan adenye diorang semua, aku rasa dah cukup gembira. Auni, Abu, Sobri, dan Salam, harap-harap semuanya kenyang ye tadi. Haha!
tapi macam tak lengkap pulak bila tak ada
encik Ahnaf untuk join sekali sebab dia dah
balik Malaysia. Hehe~
Dan tak lupa jugak kepada mereka yang telah merancang kejutan untuk aku. Zul, Auni, dan beberapa lagi geng diorang =P Terima kasih aku ucapkan. Korang memang terbaek~!
Daa... Sampai sini je celoteh aku malam ni. Nak tidur pulak. Esok ade kelas.
Terima kasih kepada semua yang telah menghidupkan hariku. Doakan aku jugak supaya sentiasa ditetapkan iman dan boleh berkerja untuk Islam.
Sekian =)
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
24 February 2010
Jom Makan Kerepek
Em... macam mana nak start ye...
Sebonanye aku tak ade idea nak tulis untuk malam ni. Lagipun, dalam seminggu ni, aku asyik-asyik save as draft ape yang aku tulis tu. Dah tulis sekerat, idea hilang. Tulis sekerat, idea hilang.
Sekarang pun, aku memang sedang berfikir untuk delete post ni. Ai... berat... berat... Hahaha!
Kuliah aku dah bermula hampir 3 minggu. Dengan pelbagai masalah yang timbul, aku rasa bagaikan kuliah masih belum bermula. Masih belum panas enjinnya. Kadang-kadang aku terfikir juga untuk menggunakan apa-apa cara yang berkesan. Baca sebelum kuliah esok bermula, aku dah cuba. Baca selepas pulang dari kuliah, aku dah cuba. Tapi tak ada semangat langsung. Baca 2 atau 3 muka surat, dah bosan. Mungkin sebab enjinnya belum mahu panas. Aku masih menunggu untuk mencuba cara-cara yang lain. Semoga enjinnya cepat panas.
Ape lagi aku nak merepek ni ye...
Oo ye..
Dua hari lepas, aku ada terbaca berita mengenai isu yang tiba-tiba menjadi hangat. Isu mengenai nikah koboi di kalangan mahasiswa universiti-universiti kita di Malaysia. Aku tak pernah terfikir pun yang perkara sebegitu boleh berlaku. Namun hakikatnya, trend ini semakin mula mengambil tempat di hati remaja-remaja kita kerana caranya yang sangat mudah : hanya perlu cukupkan kelima-lima rukun, dah boleh nikah, walaupun tidak mencukupi kriteria yang dikehendaki oleh Islam.
Aku belum tahu apa puncanya. Namun, dari kaca mataku, aku beranggapan bahawa masalah ini sedikit sebanyak turut disumbangkan oleh penuntut-penuntut di bidang agama. Jangan terkejut ye. Kerana aku juga punya pendapatku sendiri untuk menyokong kata-kataku. Kalau ada masa lapang, insyaallah aku akan tulis sesuatu mengenainya.
Sebonanya, aku dah cuba tulis pasal isu ni dua hari lepas, namun, seperti biasa, tak sampai seperenggan pun aku tulis, aku save post tu, dan terbiarlah ia sebagai draft. Hehehee!
Akhir kata, juga sebagai nasihat untuk diriku sendiri, jika kita ada masalah, carilah seseorang yang sudi mendengar dan berkongsi masalah dengan kita. Jangan disimpan di dalam hati kerana nanti ia akan membengkak, bernanah, dan seterusnya mungkin akan menjangkiti, atau menyakiti sesiapa sahaja di sekitar kita. Silap-silap, kawan-kawan pulak yang jadi mangsa. Satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Ibu kita adalah tempat terbaik untuk kita berkongsi masalah kerana mereka merupakan orang yang terlebih dekat kepada kita. Darah mereka adalah darah yang ada di dalam kita. Jiwa dan naluri mereka amat memahami keadaan kita. Seterusnya barulah bapa kita.
Begitu juga sahabat. Carilah sahabat yang sentiasa sudi berkongsi pahit manis kehidupan bersama. Bukan yang hanya tahu menjilat madu. Kemudian pergi berlalu.
Sebonanya, susah untuk mencari sahabat yang benar-benar memahami diri kita. Paling tidak, dia akan cuba untuk memahami, serumit manapun hal kita.
Namun, jika kita telah menemui sahabat sedemikian, kita sebenarnya sangat beruntung. Jagalah persahabatan tersebut. Kerana, tidak mudah untuk mencari persahabatan yang semacam itu lagi di lain masa. Jika hilang, memedihkan. Jika ada, membahagiakan.
Emm... Aku rase cukup dulu kerepek kita untuk kali ni. Tak boleh hidang banyak-banyak, nanti habis. Payah pulak aku nak cari stok lain.
Serangkap pantun dari aku:
Baik kerepek dari cerut,
Baik merepek dari mencarut!
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
14 February 2010
Seorang Penjual Basikal dan 500 Juta Muslimun
Aku ade satu cerita nak kongsi kat korang. Tengah-tengah seronot baca cerita-cerita lucu, aku terbaca satu cerita. Cerita ni asalnya adalah cerita lucu dan lawak, tapi apabila aku fikirkan, sebenarnya cerita ni lebih kepada sindiran kepada kita yang bergelar Muslim.
Ceritanya begini...
Bush (George W. Bush) dan Powell (Colin Powell) sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?".
Bartender menjawab, "Iya, itu memang mereka."
Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa, "Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab, "Kami sedang merancang perang dunia ke-3."
Jawab lelaki, "Perang dunia ke-3? Apa yang akan terjadi?"
Bush menjawab, "Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual basikal."
Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut, "Penjual basikal?"
Bush menoleh ke arah Powell dan berkata, "Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"
Habis sampai situ...
Ceritanya simple sahaja, namun benar-benar menyindir kita dengan pedas, dan sedikit sebanyak menunjukkan betapa kita, dalam sekian hal, lebih cakna (ambil berat) kepada perkara lain selain dari kepentingan ummat.
Mula-mula aku ingat ceritanya melucukan, tapi akhirnya, aku rasa malu sendiri.
Ntah la...
Harap-harap lain kali tak jumpa lagi cerita macam ni.
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::
Santai-Santai : Juha Zaman Teknologi
الدكتور : والله؟
جحا : والله
الدكتور : اخرج أنت ولبتوبك يا غبي
فخرج جحا من الفصل محمرا وجهه

Ntah ape-ape lawak nih. Hahaha! Idea ni aku dapat ketika sedang berkhayal dalam kelas Fiqh Jihad tadi. Maklum saje la... buku tak beli lagi... jadi payah sikit nak tangkap apa yang Doktor ajar tu. So, aku buat kerja rutin aku - berkhayal. Berkhayal punya berkhayal, ditambah pulak dengan perasaan risau kalau-kalau doktor tanya pasal buku, akhirnya datang la idea ni.
Aku sebonanye tak ada idea nak letak nama apa untuk watak si bongok ni. Jadi terpaksalah aku gunakan nama si Juha. Cuma Juha kali ni agak moden dan berpengetahuan luas berbanding Juha yang kita tahu. Hahaa!
Em... ok la. Semoga terhibur dan kurangkan berkhayal!
::|| sEroNoTnyE bErbLoG ||::













